W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

June 13, 2021

SUSUN ATUR RUANG TAMU, RUANG MAKAN DAN DAPUR RUMAH DENGAN HOMESTYLER

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Gambar ruang keseluruhan

Pada hari ini saya mahu berkongsi hasil reka bentuk dalaman ruang dapur,ruang makan dan ruang tamu menggunakan Homestyler. Saya mengambil masa lebih kurang seminggu untuk menghasilkan reka bentuk dalaman ini. Asalnya, saya ingin menghasilkan dekorasi rumah berkonsepkan midcentury dan minimalist. 

Namun, saya sendiri pun tidak pasti sama ada idea saya dalam menghasilkan konsep tersebut memenuhi kriteria kerana saya bukanlah individu yang mahir dalam reka bentuk dalaman. Saya hanya mampu menghasilkan reka bentuk dalam berkonsepkan midcentury dan minimalist berdasarkan pemerhatian saya di dalam Pinterest.

June 8, 2021

CARA BUANG MANUSIA TOKSIK DARIPADA HIDUP AGAR LEBIH BAHAGIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Image by PikWizard

Hari ini saya terdetik untuk menulis mengenai manusia yang kita perlu buang dari hidup kita. Antara penyebab utama saya menulis mengenai tajuk ini adalah kerana adik saya telah menghubungi saya melalui Whatsapp untuk bertanyakan tentang hal ini. Daripada perbualan itu, saya mendapati bahawa salah seorang daripada rakan serumah tidak menyukainya. Dia terus mengajukan soalan kepada saya;