W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

December 11, 2017

REVIEW : BLACK (2017)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. 

Apa khabar semua? Saya harap kalian semua dalam keadaan yang baik-baik dan sihat sejahtera.

Black (2017)

Hari ini saya nak menulis satu 'review' tentang sebuah cerita drama korea yang bertajuk Black yang telah ditayangkan pada bulan Oktober 2017. Cerita ni mengandungi 16 episod dan 2 episod tambahan dan telah ditayangkan di OCN. Semalam telah ditayangkan final episode bagi cerita ini dan kini semua episod yang telah ditayangkan adalah sebanyak 18 episod. Lakonan mantap oleh Song Seung Heon, Go Ara dan beberapa pelakon lain yang akan membuatkan korang tidak berganjak daripada skin kaca laptop anda. Hahaha.

Alhamdulillah, tamat sudah cerita Black.. and it has such a sad ending 😭😭 but yet it still beautiful. Sebelum aku nak ulas atau menulis review tentang pendapat saya berkaitan dengan cerita ni, saya jelaskan dulu sinopsis cerita ni. 

SINOPSIS

Black adalah sebuat cerita yang mengisah seorang grim reaper (dewa maut dalam bahasa melayu) yang telah merasuk tubuh seorang penyiasat yang bernama Han Moo Gang, demi mencari seorang rakan sekerjanya yang telah melarikan diri daripada menjalankan tugas. Sepanjang pencarian rakan setugasnya, Black (nama lain bagi grim reaper ni) telah terjebak dalam konflik kehidupan Han Moo Gang dan mendapati tuan kepada tubuh badan tersebut telah terlibat dalam penyiasatan pembunuhan abangnya 20 tahun yang lalu di Moojin. Kehadiran Kang Ha Ram yang pada mulanya telah digunakan oleh Black kerana kelebihan yang dimilikinya mampu melihat ajal kematian seseorang dan dewa maut untuk mencari rakannya yang telah merasuk badan individu lain, dan telah jatuh hati kepada gadis tersebut. Maka, bermulalah segala misteri penyiasatan kes-kes jenayah dan kematian yang perlu diselesaikan oleh Black bersama Ha Ram.

REVIEW CERITA :


Setakat ini, saya rasa this is the most worth watching Kdrama yang korang patut layan sampai lebam. I'm not a Kdrama fan myself, but I still watch few kdrama with my friends or the recommended drama by other people. Pernah tengok beberapa kdrama yang lain, tapi tidak pernah lagi menonton cerita seperti ini. Jalan ceritanya tidak seperti tipikal drama korea yang lain kerana tidak banyak drama korea yang bergenrekan triller dan penyiasatan. 

Walaupun ending drama dan beberapa scene lain telah meninggalkan beberapa persoalan yang tak terjawab dalam cerita tu, namun impak yang diberikan masih mengekalkan perspektif saya bahawa this drama still is the most amazing kdrama yang pernah saya tengok setakat ni. Dengan plot cerita yang mantap dan disertakan sekali dengan genre triller, misteri dan penyiasatan yang akan membuatkan penonton sendiri menjadi penyiasat dalam setiap episod yang dipersembahkan.

Like I tell you guys before, I'm not really a Kdrama fan at the first place. Tapi penceritaan plot itu sendiri yang lain daripada drama korea yang lain, membuatkan saya sendiri betul-betul 'melekat' cerita ini pada setiap malam Sabtu dan Ahad. This drama contain too many suspen scene yang akan membuatkan penonton tidak mahu berganjak walaupun sesaat daripada skrin laptop. 

Paling best dalam cerita ni adalah sebab plot twist yang akan buat penonton terpinga-pinga buat seketika. Boleh dikatakan setiap minggu saya menunggu cerita ini semata-mata untuk mengetahui penghujung disebalik segala misteri yang telah terkunci rapat di Mojin selama 20 tahun. Gituhh! 

Penceritaan yang mengandungi banyak plot twist, hinggakan saya sendiri (saya adalah seseorang yang ada kemampuan untuk meramal jalan penceritaan drama yang pernah ditonton sebelum ni) pun tidak mampu  meramalkan jalan cerita bagi drama ini. Kisah romantis masih terselit dalam cerita ini namun tidak sebanyak tipikal korea drama yang lain. 

I could say dalam 10%-20% kandungan scene romantis yang terkandung dalam cerita itu. Namun, kesederhanaan dalam mempamerkan kisah cinta tu sendiri tampak indah di penghujung cerita. I cried myself watching the ending. Menusuk jiwaa! Cheewaaa hahah πŸ˜‚πŸ˜‚ 

Okay, rating saya untuk cerita ni adalah dalam 9/10. Cerita korea yang paling saya puas hati setakat ni. Tolak satu markah sebab terdapat beberapa persoalan yang tak terjawab dalam cerita ni. Hahaha. Saya tidak mahu jadi spoiler, maka dengan ini saya menulis review saya secara umum berkaitan dengan cerita yang telah ditonton ini. 

P/s : Citarasa setiap orang tak sama, dan mungkin ada orang lain yang suka dan tidak suka dengan cerita ini. I just recommended this drama to you guys because I though its a great drama and worth watching. πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ

Sekian sahaja penulisan saya pada hari ini. Wassalam. 

 

November 29, 2017

NILAI USAHA MURID-MURID UPSR

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. 

Alhamdulillah. Sudah tiba saat yang dinanti-nantikan oleh para guru yang mengajar kelas peperiksaan UPSR bagi tahun 2017. Penantian dari bulan September hinggalah November merupakan suatu penantian yang sangat mendebarkan. Setiap guru ingin mengetahui keputusan peperiksaan pelajar dan kemampuan pengajaran dan penat lelah mereka setelah beberapa bulan bertungkus-lumus mempersiapkan murid-murid bagi menghadapi peperiksaan ini. begitulah juga dengan diri saya. 

Pada 23 November 2017, bersamaan dengan hari Khamis, keputusan peperiksaan UPSR telahpun dikeluarkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia kepada pihak sekolah. Berpusu-pusu guru yang mengajar kelas peperiksaan 'meng-update' kejayaan mereka dalam laman sosial Facebook dengan mempamerkan rasa gembira, bangga serta bersyukur akan kejayaan diperoleh oleh anak didik mereka. Ada juga yang menggembar-gemburkan keputusan cemerlang "Miss/Mr Straight A's' dalam laman sosial mereka.

Tapi, bagaimana pula dengan saya?

Adakah saya membuat perkara yang sama?

Nope, tidak sama sekali.

Tapi mengapa saya tidak berbuat demikian? 

Mengapa saya tidak mempamerkan keputusan anak murid dan kebanggaan saya dalam media sosial?

Pertama sekali, tiada seorang pun murid saya yang mendapat 'straight' A dalam UPSR di sekolah namun masih ada dalam kalangan murid yang mendapat A dalam subjek Bahasa Melayu dan 17 orang lulus bagi subjek ini. Walaupun hanya seorang yang mendapat A dalam subjek bahasa Melayu dan bukan 'straight' A, namun saya masih bangga dengan kejayaan murid-murid saya.

Bagi manusia yang kerdil dan tiada pengalaman mengajar bahasa Melayu seperti saya yang memegang kelas peperiksaan, ianya sesuatu perasaan yang sangat menggembirakan dan bersyukur. Mungkin orang luar akan melihat keputusan ini bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan, namun saya tidak kisah sama sekali kerana saya lebih mengenali anak-anak didik saya. 

Mereka bukanlah daripada golongan orang yang senang. Hidup mereka serba kekurangan dan cara hidup mereka sendiri tidak melihat pendidikan sesuatu yang mampu mengubah masa depan mereka. Mereka masih dalam golongan yang keciciran dalam pendidikan. Walaupun terdapat pelbagai kekurangan dan halangan dalam mencapai kejayaan, mereka masih berusaha gigih untuk belajar dan SENTIASA RAJIN menghadiri kelas tambahan yang diadakan oleh guru-guru demi mendapatkan keputusan lulus dalam subjek yang dipelajari mereka.

Tidak dilupakan juga pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh para guru di sekolah bagi memantapkan pengetahuan murid-murid ini. Namun, kami cuma usaha selebihnya adalah hak Dia untuk menentukan sama ada perkara yang diajar itu diterima oleh anak didik mahupun tidak. Jika dipaksa untuk belajar, sudah pasti mereka langsung tidak akan datang ke sekolah lagi selepas ini. Maka hadirnya guru ke kawasan pedalaman bagi memberikan mereka kesedaran mengenai kepentingan ilmu kepada masa depan mereka dengan menggunakan pendekatan yang halus dan tegas.

Kerana inilah saya berpuas hati kerana segala penat lelah saya mengajar anak-anak ini sehingga tekak luka dan berdarah, tidak tidur malam memikirkan kaedah yang dapat memudahkan murid memahami pengajaran untuk keesokan harinya, sekaligus membuahkan hasil kerana kebiasaanya peperiksaan di sekolah tiada seorang pun murid yang lulus dalam keenam-enam subjek peperiksaan ini.

Mungkin pihak luar merendahkan kemampuan kami dalam pendidikan anak bangsa orang asli, namun hanya mereka yang mengajar dalam kawasan pedalaman sahaja tahu kesusahan yang terpaksa ditanggung bagi memberikan pendidikan yang sempurna kepada para pelajar di sini. Saya tidak kisah apa yang mereka perkatakan kerana segala usaha keras selama beberapa bulan dan tahun biarlah diri saya sahaja yang mengerti. 

Sekian dan wassalam.


March 27, 2016

SESUAIKAH KENYATAAN "SIAPA CEPAT DIA DAPAT" DIGUNAKAN DALAM KALANGAN PENIAGA ONLINE?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Aku terpanggil untuk menulis topik mengenai perkara ini kerana perkara ini sering kali berlaku dalam urusan perniagaan online. Perniagaan online itu tidak salah, cuma pengurusan peniaga online itu perlu dipertingkatkan untuk kemudahan pembeli. Namun, bukan semua peniaga online mengambil inisiatif untuk memperbaiki urusan perniagaan dan lebih mengecewakan peniaga-peniaga online ini  lebih mengejar keuntungan tanpa menjaga hubungan dengan customer. Jika hendak tahu lebih lanjut tentang perkara ini, teruskan membaca entri keseluruhan.

Penggunaan kenyataan "Siapa cepat dia dapat" sering digunakan dalam peniagaan, namun sebilangan kecil sahaja yang betul-betul memahami konsepnya. Ramai peniagaan menggunakan penyataan tersebut tanpa mengambil peduli tentang pelanggan, dan apa yang mereka peduli adalah "asalkan duit masuk, stok habis". 

Istilah atau kenyataan "Siapa cepat dia dapat" tidak sesuai digunakan sekiranya peniaga sendiri yang tidak cepat dan efisyen dalam membalas whatsapp daripada pihak customer. Bagi aku, kenyataan itu hanya sesuai digunakan jika pihak peniaga membuka kedai di tempat awam dan semua orang terpaksa berebut membeli barangan pada ketika itu juga. 

Jika peniaga hendak menggunakan alasan "Banyak customer", "saya bukan robot", dan lain-lain lagi alasan yang relevan kepada pihak pembeli, perlu digunakan secara berhemah tanpa memerli atau mengata customer anda semula. Peniaga kena ingat, pembeli adalah punca rezeki. Kalau tidak mampu jaga pembeli kerana kelemahan sendiri sebagai seorang "manusia", tidak perlu marah atau perli pembeli anda. Itu namanya tidak profesional. 

Kalau peniaga hendak berniaga, belajar untuk balas cepat sebarang pertanyaan dan proses urusan jual beli di dalam whatsapp, facebook atau mana-mana medium perniagaan yang peniaga gunakan. Kalau tidak mampu membalas dan melayan customer dengan cepat kerana anda juga perlu menguruskan hal lain, maka sila cari satu jangka masa yang sesuai dalam sehari, yang mana anda sebagai peniaga betul-betul boleh membalas semua whatsapp customer anda. Misalnya menetapkan waktu seperti; 

"Saya hanya boleh membalas whatsapp customer pada pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 3.00 petang dan pukul 6.00 petang hingga 9.00 malam."  

Antara sebab rasional aku menegaskan para peniaga ambil inisiatif untuk meletakkan waktu membalas whatsapp customer adalah kerana memudahkan customer untuk berurusan dengan peniaga itu sendiri. Ini kerana kadang-kala ada satu kes customer telah whatsapp kepada peniaga untuk membeli barang kemudian disebabkan ada urusan penting, pihak customer terpaksa keluar untuk menguruskan perkara lain. 

Dalam pada masa itu, bilamana peniaga pun baru nak membalas whatsapp, customer pula yang tidak dapat berurusan dengan pihak peniaga dalam urusan pembelian. Bila pihak pembeli hendak berurusan dengan pihak peniaga mengenai barangan yang dibeli, barang sudah pun menjadi hak orang lain. Apabila sudah jadi kes seperti ini, jangan terkejut kalau ramai customer boleh meroyan dan marah kerana whatsappnya dibalas dengan lambat. Bagi aku, dalam kes ini pembeli ada hak untuk merasakan tidak puas hati kerana pembeli juga berusaha untuk mendapatkan barangan yang dikehendaki dengan menunggu respon daripada pihak peniaga.

Tetapi disebabkan kelemahan daripada pihak peniaga itu sendiri, usaha pembeli itu seolah-olah menjadi sia-sia.  Bila mana ada customer mempamerkan rasa tidak puas hati terhadap proses urusan perniagaan tersebut, peniaga menyalahkan semula pembeli dengan mencari semula kelemahan customer dan ada juga yang memberi penegasan, "siapa cepat dia dapat".  

Bila istilah "siapa cepat dia dapat" digunakan dalam perniagaan secara atas talian seperti facebook, instagram, seolah-olah hak pembeli itu sudah tidak dijaga. Iyalah, pembeli bagi whatsapp tapi tidak dibalas peniaga. Bagi aku, kenyataan ini hanya sesuai digunakan sekiranya peniaga membalas respon urusan peniagaan dengan pantas dan efisyen. Misalnya urusan pembelian online di LAZADA, kenyataan tersebut sesuai digunakan kerana ianya tidak melibatkan pihak peniaga itu membalas whatsapp, sebaliknya kita membuat pembelian secara automatik di laman sesawang tersebut. 

Bagi aku, aku tiada masalah dengan peniaga-peniaga online. Ada sebahagian besar rata-rata peniaga merungut kerana tidak sempat membalas whatsapp customer kerana terlalu ramai, ada juga berurusan dengan customer hingga lewat malam. Aku tahu dan faham hakikat penat melayan customer selama 24 jam, makanya penulisan entri aku ini bukan niat untuk "smash" pihak peniaga. Cuma, pihak peniaga juga perlu memahami pembeli yang juga merupakan seorang manusia yang ada jadual waktu dan mempunyai kehendak masing-masing. 

Aku sebagai seorang customer menegur peniaga agar perkara ini dapat diatasi. Memang betul, peniaga juga seorang manusia yang mempunyai waktu mereka sendiri - mereka perlu berehat. tidur, solat dan makan, namun peniaga juga perlu bijak untuk menguruskan perniagaan mereka. Dan betul, customer perlu bersabar. Namun, jangan "smash" customer anda semula jika anda sudah lambat memberi respon kepada customer anda. Jika kelemahan itu datang daripada anda, belajar untuk atasi kelemahan itu, JANGAN cari salah orang lain. 

Oleh itu aku sarankan peniaga online ini, tetapkan waktu yang sesuai dan membolehkan customer berurusan dengan peniaga. Bila peniaga dah tetapkan waktu urusan perniagaan, barulah customer pun mengurus jadual hariannya untuk berurusan dengan pihak peniaga. Peniaga perlu mewujudkan win-win situation dengan para pembeli jika tidak mahu pembeli mempertikaikan urusan perniagaan anda. 

Maaf jika penulisan aku kali ini ada membuat mana-mana pihak terasa hati dengan aku. Cuma, aku sebagai customer juga ada perspektif dan pendapat peribadi mengenai kesilapan dalam pengurusan peniaga online. Aku tidak kata semua peniaga online bermasalah, cuma peniaga online perlu belajar untuk mempertingkatkan urusan perniagaan. 

Sekian dan wassalam.

March 17, 2016

KISAH CUAK DENGAN ENCIK GUARD

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari ini aku nak berkongsi kepada  korang mengenai pengalaman yang agak menakutkan dan agak gila juga semasa di tingkatan 5. Bila mengenag semula kejadian ni, feeling seram dan malu tu mula datang balik sedikit demi sedikit. Tapi rasa kelakar dan lawak pun ada juga. Alkisahnya mengenai seorang encik guard sekolah yang perhatikan aku semasa aku tertidur di dalam kelas.

Kejadian ini berlaku semasa aku di tingkatan 5. Ada suatu ketika, aku pulang agak lewat ke rumah kerana menunggu abah yang sedang bermesyuarat di sekolah itu. Biasanya, sesi bermesyuarat akan akan tamat sekitar pukul 4 petang. Aku pula terpaksa terpacak di sekolah hingga lewat petang kerana mesyuarat biasanya bermula selepas solat Zohor, selepas habis waktu persekolahan.

Jadi, it will take a lot amount of time nak menghantar aku balik rumah dan datang semula ke sekolah. Sebagai seorang anak guru di sekolah tersebut, I getting used to that. Balik lewat sebab menunggu abah selama dua jam sehinggalah habis mesyuarat. Dan biasanya, untuk buang rasa penantian yang agak lama, aku akan belajar di dalam kelas dalam tempoh dua jam tu.

Its not so bad sebab pada hakikatnya memang aku lagi suka belajar di sekolah berbanding belajar di rumah. Aku lebih fokus belajar di sekolah berbanding di rumah. Tak tahu kenapa, sampai sekarang pun macam tu. Semasa zaman belajar di maktab pun, aku memang tak boleh belajar kalau balik rumah, mesti feeling tu hanya datang kalau aku pulang ke maktab.

Okay sambung semula cerita. Pada hari tu, aku pulang lewat kerana menunggu abah sehingga habis mesyuarat. Alhamdulillah, pada hari tu, aku tidak berseorangan kerana seorang rakan aku yang bernama Sugunia (aku panggil dia Sugu je) pun sama-sama mengambil keputusan untuk pulang lewat ke rumah. I'm not sure kenapa dia stay dekat sekolah agak lewat, tapi rasanya mesti sebab dia nak siapkan kerja sekolah sebelum pulang ke rumahnya.

Belajar punya belajar, mata aku pun dah gedik-gedik rasa mengantuk. Tak tahu kenapa bila belajar je mengantuk, bila mengantuk je mesti belajar. Mata aku pun meliarlah memerhatikan sekeliling, mana tahu boleh hilangkan mengantuk. Aku perhatikan si Sugu yang sedang khusyuk belajar. Terdetik dalam hati, kan bagus kalau aku jadi rajin macam dia.

Namun begitu, rasa mengantuk lebih menguasai diri aku pada ketika itu. Maka aku mengambil keputusan untuk tidur sekejap. Sebelum aku melelapkan mata, aku telah meminta tolong rakan aku ni untuk kejutkan aku sekitar jam 3.45 petang. Kononnya nak sambung study balik, kononnya. Jadi, si Sugu pun bersetuju dan aku pun mula lelapkan mata.

Sedang syok tidur, tiba-tiba rasa tidak sedap hati, seolah-olah aku terdengar suara seseorang, suara lelaki yee, yang sedang memanggil aku. Aku terus membuka mata kerana khuatir yang memanggil itu abah aku. Rupanya-rupanya terpacak susuk tubuh seorang lelaki yang berpakaian guard sekolah di tepi aku dalam jarak satu meter. Astaghfirullahalazim!

Aku menjadi kekok. Kami saling berpandangan antara satu sama lain. Raut wajahnya terus berubah melihat aku. Perasaan aku pada ketika itu seperti ombak dan bercampur-baur - perasaan malu, takut, cuak semuanya ada. Terutamanya perasaan MALU. Bayangkan, pada ketika itu aku tidur secara bersandar pada kerusi. Jadi, dia boleh nampak muka aku ketika tidur dan boleh jadi LELAKI tu perhatikan aku tidur!

To be honest, I'm not used with boys. Iyelah, dah nama pun bersekolah di GIRLS SCHOOL.  Kalau bercakap dengan lelaki pun rasa kekok, inikan pulak bila ada lelaki yang aku tidak kenal dan tidak ada kaitan dengan aku yang pandang aku tidur semasa tidur, lagi laa rasa macam nak terjun gaung. Hahah. Disebabkan muka aku pun dah jadi lain macam dan menyepi untuk seketika, encik guard tu pun cubalah untuk break the silence dengan mengajukan soalan.

"Hurm..saya ni nak kunci pintu, awak nak balik ikut mana..?" 
"saya balik ikut jalan belakang..." 
"Urmm..nanti kalau nak balik bagitau sebab senang sikit saya nak kunci pintu nanti.." 
"ermmm....ooo...kaaayyyyy....." (dalam keadaan blur sebab baru bangun tidur..)

Macam biasa, aku cuba untuk berikan respon like nothing happen. Aku cuba menenangkan diri and take a deep breath. Sejurus sahaja aku tidak nampak lagi bayang-bayang encik guard di sekitar kelas, aku pun cepat-cepat mengemas segala barang dan peralatan sekolah yang berterabur di atas meja. Aku pun melihat jam tangan dengan perasaan cemas kerana jam sudah menunjukkan pukul 4.00 petang tapi bayang abahku masih tidak lagi kelihatan. Dalam keadaan mengemas barang tuu, sempat lagi benar fikiran aku berbisik;
"Aku tidur macam manalah tadi? Aishhh! Malu betul! Menyesal tak tutup muka atas meja masa tidur tadi!"
Kemudian, terus aku terfikir tentang kawan aku si Sugu tu. Tidak pula nampak bayangnya. Dia pergi tandas atau sudah pulang ke rumah? Persoalan aku tu akhirnya terjawab apabila terbaca nota kecil yang ditinggalkan olehnya di atas meja aku. Aku tidak perasan akan kewujudan nota kecil itu sehinggalah aku habis mengemas alat-alat tulis yang berselerakkan di atas meja. Intipati nota kecil itu berbunyi;
"Amy, aku balik dulu yer. Sorry, aku dah cuba bangunkan ko, tapi ko tak bangun-bangun pulak.. So, aku gerak dulu. Tata."
Fine. Aku tidur mati. Fine. Rasanya kalau bom atom jatuh pun aku tak sedar-sedar lagi dari lena. Bila berlakunya kejadian seperti ini, barulah aku tahu betapa bahayanya tidur mati. Setelah usai mengemas barang, aku terus nampak kelibat kereta abah lalu di depan kelas aku. Aku pun pulang dalam keadaan malu dan risau mengenangkan kejadian yang telah berlaku. Aku terus pulang, tanpa memaklumkan apa-apa pun kepada encik guard tu.

Seperti biasa, when something bad happen, I will try to have a fresh start dan fikir positive. Aku cuba tidak ingat kembali perkara menakutkan yang telah berlaku semalam. Aku ambilnya sebagai iktibar jangan tidur di tempat awam. Aku datang ke sekolah dengan buat seperti tiada apa-apa pun yang berlaku. But you know what, kejadian tu macam menampar muka aku semula apabila aku menerima surat di bawah meja daripada encik guard  pada pagi tu! Dan part yang aku tak tahan, he knows my name beb!

I'm not quite sure how he knows about my name, tapi boleh jadi sebab aku pakai tag nama pada hari kejadian tu, dan boleh jadi dia tengok bawah meja aku untuk identify manusia yang dia kejutkan tu sebab aku ada meninggalkan fail bahasa Melayu di bawah meja aku. Bila baca intipati surat itu,  dia menyatakan perasaan rasa sebersalah pasal perkara yang dah berlaku semalam dan minta maaf atas kejadian yang telah berlaku.

Dalam surat tu, dia ada juga menyebut tentang perubahan wajah aku yang kelihatan takut. Well, aku memang susah nak sorokkan emosi, kalau cuak ke, marah ke mudah je terpampang dekat muka. hahaha. Dan dia juga ada meminta aku untuk sorokkan perkara itu daripada orang lain, terutamanya daripada pihak atasan kerana dikhuatiri kena pecat. Tapi bila fikir balik, dia tak buat apa-apa pun, so why on earth dia pula rasa risau? Dia cuma kejutkan aku je pun masa tu. Aku pun tidak kecoh apa-apa dekat sekolah, buat seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Kemudian, intipati surat tu berlakunya sesi perkenalan. Dia menyatakan hasrat nak berkawan dengan aku. Encik guard memperkenalkan dirinya berserta nombor telefonnya sekali di bawah sekali sekitar bucu kanan surat. Dia bagitau lagi, kalau ada masa, balas la. Kalau aku tak balas, dia paham sebab aku nak fokus untuk SPM aku. Dalam kepala aku, ape benda la encik guard ni fikir. Perasaan cuak jangan sebut la, memang rasa tu dah mencacak sampai ke kepala. 

Aku tetap cuba menenangkan diri aku. Aku cuba fikir positif dan in the same time aku buat donno dan langsung tidak membalas durat daripada encik guard tu. Sebab bila aku fikir semula, jika aku balas surat tu, mungkin macam-macam perkara tak enak boleh berlaku. Aku mengambil keputusan tidak membalas surat tu atas beberapa sebab, antaranya:
  • Boleh timbul kontroversi berlakunya hubungan antara encik guard dengan pelajar di sekolah sebab sebelum ni aku pernah dengar benda yang sama. So, kalau elakkan diri terjebak dengan kejadian macam tu, jangan mulakan atau balas apa-apa.
  • Aku tak kenal encik guard tu macam mana and I have trust issue kalau melibatkan orang lelaki. Kadang-kala cerita boleh terbongkar bukan sebab aku, tapi sebab lelaki pun boleh jadi. Ada pengalaman dengar cerita orang.
  • jaga nama baik abah. When bad things happens, kesian pulak dekat abah. Tak pasal-pasal buruk pulak nama dia, sedangkan yang buat hal itu aku.
  • Nak SPM. Fullstop.
Ada suatu ketika aku pulang lewat dan menunggu abah di bangunan blok B, berdekatan dengan pondok guard sekolah. Aku menunggu abah dengan orang yang sama lagi, Sugunia. Siapa sangka, giliran encik guard yang kejut aku bertugas pada petang tu. Disebabkan aku menunggu abah bukan secara perseorangan dan ditemani oleh Sugunia, perasaan secure tu lebih sikit.  

Tiba-tiba si Sugunia tegur aku;
"Weh Amy, abang guard tuu tengok ko la. Apsal hah..? Lain macam aje aku tengok dia.."
"Entah. Biar la dia, Sugu. Buat donno je..."
Aku perasan juga sebenarnya encik guard tu ada memandang ke arah aku. Cuma, my expertise memang buat bodoh bila orang tenung dan perhatikan aku. Bukan tak cuak, cuak weii, hanya Allah je yang tahu. Pada ketika untuk untuk menghilangkan rasa cuak, aku bermain-main dengan kucing yang sedang menggesel-geselkan badannya di depan aku. Sibukkan diri dengan kucing dalam erti kata lain sambil bersembang dengan si Sugu tu.

Selang beberapa minit, bayang emak si Sugu pun kelihatan. Sugu meminta izin untuk pulang dahulu. Yang tinggal hanya aku dan kucing comel di atas riba. "Hadoi, mampus aku macam ni," bisik hati kecilku. Macam-macam persoalan dan bayangan yang bukan-bukan bermain dalam kepala. Waktu tu jugak aku berdoa semoga abah muncul dan terpacak depan pintu pagar pada ketika itu jugak. Cepatlah abah datang, save me~

Tiba-tiba aku tersentak seketika kerana ada seseorang yang telah menegur aku dari pondok security -  siapa lagi jika bukan encik guard yang misteri. Aku bersembang dengannya dalam jarak 3 meter kalau tidak silap). Macam-macam soalan juga dia tanya aku, cuma aku jawab sepatah sajalah. Disebabkan aku seorang yang sangat awkward dengan lelaki, makanya encik guard tu pun tidak berani untuk mendekati diri aku, Kitorang sembang pun macam dalam keadaan yang agak kekok. 

Selang beberapa soalan, dia mula bertanyakan mengenai surat yang telah dia berikan kepada aku. Dia bertanya sama ada aku telah buang atau simpan lagi surat tu. Aku menjadi blur, terfikir juga apa yang harus aku balas pertanyaan dia tu? Memang aku masih simpan lagi tapi aku tidak pasti aku letak mana. So, aku pun beritahu kepadanya bahawa surat tu telah pun dibuang. Hahaha.

Maka terpancarlah muka kekecewaan pada raut wajahnya. Kemudian, dia mengajukan lagi beberapa soalan lain dan bersungguh-sungguh dia cari topik perbualan pada masa itu. Nak dijadikan cerita, aku tidak dengar apa pun yang dia cerita sebab jarak kami jauh, dia pun berbual dengan nada suara yang agak perlahan. Masa tuu feeling macam bengong-bengong je, sebab aku iyakan apa yang dia kata dan hanya mampu tersengih je, iyelah dah tak dengar, Nak saja aku beritahu dia, aku ada masalah sound trouble. Hahaha.

Lebih kurang dalam 10 minit tu, bayang abah pun mula kelihatan. Muka dia terkejut melihat abah aku, dan terus bertanyakan soalan kepada aku,

"bapak awak ke?" sambil menunjukkan reaksi yang agak terkejut.
"Ha'ah.." sambil menganggukkan kepala.

Kahkah. Terkantoi jugak encik guard tu. Siapa sangka minah yang dia nak berkawan tu, anak cikgu sekolah tempat dia bekerja. Cuba bayangkan kalau aku buka cerita tentang encik guard tu, habis kerjaya dia. Tapi, aku tutup saja mulut, malas nak bukak cerita pelik orang lain dan mengeruhkan keadaan. Aku cuma berharap aku selamat sepanjang berada di sekolah tu.

Lepas kejadian tuu, alhamdulilah, tidak berlaku perkara yang pelik-pelik Hidup aku berjalan seperti biasa. Alhamdulillah, aku rase bersyukur sangat kerana abah aku adalah penyelamat aka hero dalam cerita ini. Thank you abah. Haha, apa-apa pun aku masih dapat rasakan tindakkan aku wajar dilakukan. Bayangkan la, kalo aku layankan sangat si abang guard tu, tidak tahu la apa yang akan terjadi. 

Okay la, sampai sini sajalah aku berkongsikan cerita aku kepada korang. Sekian dan wassalam.

March 16, 2016

AMBITION AND HAPPINESS IN LIFE

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sejak dua menjak ini aku selalu juga perhatikan orang ramai, terutamanya mereka yang berjaya mencapai dan merealisasikan impian mereka. Ada yang sedang berusaha untuk menjadi usahawan yang berjaya, ada yang melibatkan diri dalam bidang politik kerana ingin menjadi ahli politik, ada yang berusaha untuk menjadi tokey tudung, dan ada yang berusaha untuk menjadi seorang peragawan. Seronok melihat melihat insan-insan yang passionate mengejar impian masing-masing. At least mereka ada impian dan berusaha ke arah impian mereka. 

As for myself, aku sendiri pun dah samar-samar dengan impian aku. Dulu memang aku ada simpan impian yang sangat besar. Macam-macam benda yang aku hendak jadi masa zaman muda-mudi dulu. Antaranya pereka fesyen kerana sangat suka dengan design baju lawa-lawa, kartunis yang terkenal, dan ada juga keinginan untuk menjadi seorang pereka grafik yang bekerja di peringkat antarabangsa. Tapi semua angan-angan tu masuk kubur bila tiada satu pun universiti di dalam Malaysia ni menawarkan kursus tu pada aku walaupun aku dapat A1 dalam matapelajaran seni. I get it, tiada rezeki dan persaingan yang terlalu tinggi.

Kemudian, aku dapat peluang melanjutkan pelajaran ke kolej swasta dalam bidang multimedia. Pada ketika itu, aku terus grab peluang yang ada walaupun duit kena keluar. Abah dan mak menyokong laluan yang aku pilih itu asalkan aku sambung belajar. Ketika itu, perasaan seronok sambung belajar dalam benda yang aku minat seperti mencecah langit. Namun, keadaan itu hanya sementara sahaja. Few months after that, keputusan maktab keluar dan nama aku telah tersenarai sebagai graduan insitusi perguruan. 

Ketika itu, kewangan keluarga aku agak gawat. Keluarga aku pada hakikatnya tidak mampu hendak membiayai pembelajaran di kolej swasta tu. Perasaan ketika itu seperti ombak, rasa sedih dan terkilan kerana peluang untuk menyambung pelajaran dalam bidang yang aku inginkan itu seperti kena campak dalam lautan yang luas. Tetapi, antara minat dengan keluarga, I rather choose family kerana aku tidak sampai hati melukakan hati mak ketika itu. Maka sambunglah belajar ke maktab (in which I really hate that place) dalam keadaan yang tidak ikhlas dan kecewa. But I still try to think positive sebab telah ditawarkan kursus pendidikan seni sebagai minor.

Walapun aku masuk maktab dengan course pendidikan seni sebagai minor, masih terdetik dalam hati rasa tidak puas hati. Biasalah, bila dah kecewa, mulalah semua perasaan yang tidak berapa nak baik tu bermain dalam hati. Aku mula berasa cemburu dengan rakan-rakan yang berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang yang mereka minat. Dan yang paling tak tahan, anak orang kaya pun aku boleh tidak suka sebab mereka berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang yang aku minat walaupun hakikatnya budak-budak tu bab seni pun lukis macam kayu. Hahaha. Biasalah, bila ada duit semua boleh buat.

Dan lagi sekali angan-angan hanya seketika dan perasaan kecewa pun melanda diri lagi sekali apabila satu-satunya peluang aku untuk meneruskan minat aku dalam bidang seni lukis 'dirampas' oleh institusi tempat aku belajar yang mana course seni ditukar secara automatik kepada kemahiran hidup. Ketika itu aku memang rasa kecewa sangat kerana dari kecil sampai besar, melukis itu its like part of my life. Tetapi, sejak course seni ditarik dan ditukar kepada kemahiran hidup, peluang aku hendak bergiat dengan melukis tu sudah mula berkurang dan hanya sibuk dan fokus kepada benda-benda selain daripada seni.  

"I never knew you could draw like this! Awak ade potensi untuk menjadi pereka grafik. 
Awak boleh buka bisnes awak sendiri."

Kata-kata itu masih terpahat dalam memori. Aku masih ingat lagi seorang pensyarah berbangsa cina yang pernah melihat hasil seniku memberikan respon dan motivasi yang agak memberangsangkan. Namun, aku tidak mengambil secara serius apa yang diperkatakan olehnya kerana aku tidak yakin peluang aku untuk menjadi pereka grafik itu terbuka secara luas. Sijil pengiktirafan pun tidak wujud.

Maka, lama-kelamaan kemahiran aku itu telah lama tidak digilap. Aku hanya ada masa untuk melukis ketika waktu cuti sahaja. Itupun sudah tidak sama seperti waktu dulu - perasaan minat untuk melukis tidak seperti dulu. Seolah-olah minat yang membara dan menyala dalam bidang seni kini telah terpadam.

Dan apabila makin dewasa, pernah juga aku terdetik dalam kepala ini, "Its pointless apa yang aku dah usahakan sejak dari kecil tu, kerana bila besar jadi guru Bahasa Melayu, sedikit pun tiada kaitan dengan seni atau seni reka." Yup, aku tidak nampak minat aku tu membawa aku kemana-mana. Minat cuma sekadar minat. 

Tetapi perspektif aku mengenai impian dan minat ini mula berubah sejak kebelakangan ini. I'm asking myself for a few times, what makes me happy? Perkara apa yang menggembirakan aku? This question has been playing in my mind for the past few days since the day I watched a video about being happy in life. Sejak kecil, aku suka melukis dan aku rasa sangat gembira hanya dengan melukis.

Sejak kecil, tidak pernah pula terlintas hendak jadi pereka grafik atau pereka fesyen yang terkenal. Bila kita sebut tentang minat, sepatutnya everything else doesn't matter. Bila kita minat sesuatu, perkara lain sepatutnya bukan jadi penghalang. Walaupun aku tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dalam bidang yang aku inginkan, tetapi keadaan itu tidak pernah menghalang aku untuk meneruskan buat sesuatu yang aku minat.

Bila sentuh tentang melukis, its about passion and love. Bila kita sayang sesuatu, sebagai contoh kita sayang manusia, everything else seperti kekurangan dia semuanya tidak penting. Apa yang penting bagi kita ketika itu that person is in our life dan kita sanggup buat apa sahaja untuk bersama dengan seseorang yang kita sayang.  Tapi kenapa kita sanggup buat apa sahaja untuk orang yang kita sayang? Sebab kita rasa gembira buat sesuatu untuk dia semata-mata untuk melihat dia gembira. Jadi, bila aku sayang minat aku, I would do anything for it with a smile, right?

Aku gembira dengan melukis. Maka aku harus teruskan minat melukis, kan? Sama ada aku berjaya menjadi pereka grafik atau pereka fesyen, tu semua tidak penting. Tambah-tambah bila kita sentuh soal berjaya atau menjadi terkenal, semua perkara itu menjadi tidak penting jika kita meletakkan minat kita paling atas. Kalau kita berjaya dan menjadi terkenal, itu namanya rezeki ketika kita melakukan sesuatu yang kita minat.

Allah tarik peluang aku untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang aku minat pasti bersebab dan tersimpan 1001 hikmah disebaliknya. Aku pasti ianya satu ujian Allah untuk menguji sejauh mana aku mencintai keluarga aku dan sejauh mana aku ikhlas dengan minat aku dalam bidang lukisan sejak kecil. Mungkin juga jalan untuk menggapai cita-cita itu lebih berliku dan mencabar serta hanya diberi peluang ketika waktu aku bekerja seperti sekarang? Who knows, right?

Maybe I should start to be more positive and be happy in everything that I want to do in life. Mungkin aku kena didik diri untuk buat sesuatu yang aku minat tanpa mengharapkan sesuatu result yang baik. Like I just said, it doesn't matter. Yang paling penting kita gembira, buat yang terbaik dalam bidang yang kita minat. Itulah yang dinamakan ikhlas dengan minat kita.

Sekian sahaja untuk hari ini. Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...