W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

November 17, 2020

FRESH SUGAR ADVANCED THERAPY LIP BALM


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



REVIEW LIPCARE : FRESH SUGAR ADVANCED THERAPY LIP BALM - Saya ingin menulis review saya mengenai produk Fresh Sugar Advance Therapy Lip Balm setelah digunakan selama 6 bulan. Bagaimana pendapat saya mengenai produk ini? Berbaloikah membeli produk ini? Berapakah rating yang saya letakkan selepas menggunakan produk ini selama 6 bulan? 

Nota kaki : Ini adalah pengalaman pertama saya menulis review lipcare dan saya akan menulis dan memberikan review secara jujur dari hati kerana saya tidak dibayar oleh mana-mana pihak. Saya akan memberikan pendapat yang jujur dari perspektif peribadi saya. Jika perspektif saya tidak sama dengan kalian, it's okay.

Kita kena sedia maklum bahawa penerimaan atau tindak balas sesuatu produk pada setiap badan tidak sama. Ada yang okay apabila memakai produk jenama X, manakala ada pula yang tidak boleh dan sensitif apabila memakai produk jenama X.

November 14, 2020

CARA MENAMBAH RELATED POST BERGAMBAR DI DALAM BLOGSPOT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Contoh widget artikel berkaitan.

Okay hari ini saya nak berkongsi cara menambah RELATED POST atau Artikel Berkaitan di dalam blog anda. Saya tahu ada dalam kalangan kalian yang masih baharu dalam bidang penulisan blog pasti tidak tahu menambah Related Post dalam blog masing-masing. Sebenarnya related post ni agak penting dalam menaikkan jumlah pengunjung di blog anda. Jika ada widget ini, pengunjung akan menghabiskan masa mereka lebih lama untuk membaca penulisan kalian.

November 12, 2020

HOMESTYLER : REKA BENTUK DALAMAN RUMAH 3D SECARA PERCUMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Pada hari ini saya ingin berkongsi dengan ada mengenai satu laman sesawang buat mereka yang suka untuk mendeko atau menghias dalaman rumah mereka. Saya pun mempunyai minat yang sama dalam mendeko rumah cuma saya tidak mempunyai rumah lagi. Hanya mampu menzahirkan rasa minat dengan meluangkan masa mendeko rumah dalam laman sesawang Homestyler.

November 11, 2020

9 TANDA LELAKI TIDAK SERIUS DENGAN ANDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

sumber weheartit.com

Pada hari ini saya ingin berkongsi tentang Tanda-tanda Si Dia Tidak Serius Dengan Anda. Kenapa saya gatal tangan menulis perihal ini? Okay, secara jujur saya tidak mahu para wanita dan gadis di luar sana membuang masa menunggu lelaki yang tidak serius dengan anda. Sudah beberapa kali saya membaca dan mendengar luahan hati ramai wanita yang kecewa dan kecundang dalam soal hati apabila melibatkan lelaki dalam kehidupan mereka.

Kadang-kala dek kerana masih mempunyai perasaan sayang dan harapan, mereka masih lagi menunggu dan berpegang dengan hubungan itu walaupun terpaksa hidup dalam perasaan dilema dan tergantung sepi. Mereka banyak memberikan alasan kepada buah hati mereka dengan mengungkapkan kata-kata, "Tidak apa, mamat sibuk pada hari ini" atas ketidakhadiran atau availability di sisi mereka.

November 10, 2020

TIPS MENGHARUNGI PERHUBUNGAN JARAK JAUH (PJJ)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perhubungan Jarak Jauh menguji kesetiaan setiap pasangan.

Topik hari ini saya ingin menulis mengenai Perhubungan Jarak Jauh (PJJ) atau Long Distantce Relationship. Kebanyakkan kawan-kawan saya telah berada dalam situasi perhubungan seperti ini, iaitu berjauhan daripada pasangan kerana suami dan isteri telah dipostingkan ke tempat yang berbeza dan berjauhan daripada antara satu sama lain.

Sebelum mengulas lebih lanjut, apakah LDR atau PJJ ni? Long Distance Relationship (LDR) atau dalam bahasa melayunya bermakna Perhubungan Jarak Jauh (PJJ) adalah satu perhubungan antara dua insan yang dipisahkan oleh jarak. Misalnya, korang dah berkahwin, tetapi terpaksa hidup berjauhan selama beberapa tahun atau beberapa minggu kerana faktor kerja.

November 8, 2020

PROGRAM KELUARGA 1 : JOM MASAK LABU



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Beberapa hari lepas, encik suami telah menanyakan soalan kepada saya mengenai sesuatu perkara. Berdebar setiap kali encik suami buka mulut, apalah agaknya soalan yang ingin ditanyakan itu. Bukan apa, kadang-kala gemar betul dia tanya soalan-soalan yang mencabar minda. Saya pula setiap kali soalan-soalan cepu emas itu diajukan, saya akan diam seketika untuk berfikir sejenak tentang soalan itu. Namun, saya rasa keadaan agak berbeza pada hari ini.  

" Hari Sabtu ni, adakah awak ada masa lapang atau sibuk dengan kerja sekolah?"

"Tidak abang, saya lapang. Tidak ada apa-apa kerja yang perlu dihantar dan disiapkan pada hujung minggu ini. Kenapa abang tanya?" soal saya semula kepadanya.


November 7, 2020

2020 : JALAN POS LEGAP TERKINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Alhamdulillah, Allah berikan kesempatan kepada saya untuk menulis lagi blog pada hari ini. Saya telah membaca dan meneliti komentar-komentar pembaca dalam beberapa posting saya yang kerap dibaca oleh pembaca. Ada satu perkara yang membuatkan saya rasa sebersalah sehingga sekarang iaitu saya tidak mengemas kini maklumat berkaitan dengan sebuah tempat iaitu Pos Legap. 

Dalam posting saya yang lepas, saya telah membuat satu penulisan dan gambaran bahawa teruknya perjalanan ke kawasan Perkampungan Orang Asli di Pos Legap. Walhal maklumat yang saya kongsikan itu adalah maklumat 10 tahun yang lepas! Astaghfirullahazim. Saya memohon maaf sepuluh jari kepada mana-mana individu yang telah membaca blog saya jika penulisan itu telah membuatkan ada seminggu tidak lena kerana memikirkan perjalanan untuk ke sana. 

November 6, 2020

SEKIAN LAMA MENYEPI


Assalamualaikum wbt.

Selamatp sejahtera semua makhluk Allah atas muka bumi ini. Dah lama juga saya tidak menyinggah dan menulis di dalam blog ini. Secara jujur, saya sudah lama tidak menulis di blog ini. Kenapa saya berhenti menulis? Haha, hal ini adalah kerana saya tidak mempunyai idea untuk menulis mengenai apa. Apabila kita manu menulis sesuatu, biarlah ianya informasi dan perkara-perkara postif yang berguna untuk dikongsikan kepada masyarakat.

Saya tidak pandai nak menulis dan berkongsi tentang perkara yang berkaitan dalam hidup. Ada orang akan bercerita pengalaman mereka pergi melancong ke luar mahupun dalam negara. Ada orang akan berkongsi tentang tips-tips kecantikan mahupun produk kecantikan yang digunakan oleh mereka. Ada juga orang menulis blog untuk berkongsi dan menceritakan mengenai barang yang dibeli dan digunakan serta dirasakan berbaloi untuk dilaburkan oleh orang ramai.