W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

December 19, 2020

ADAKAH WANITA YANG TIDAK MENCANTIKKAN DIRI INI PEMALAS?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Image by Jackson David from Pixabay

Sejak kebelakangan ini, saya kerap terjumpa kenyataan yang agak menjengkelkan. Setiap kali saya melayari Facebook atau Instagram, pasti saya akan terjumpa kenyataan beberapa orang hamba Allah yang mempertikaian pilihan orang lain yang memilih hidup tidak melawa dan bersederhana dalam penampilan. Yang menjadikan saya lebih geram apabila yang mempertikaikan pilihan hidup orang lain ini tidak lain dan tidak bukan adalah golongan yang menjual produk-produk kecantikan. 

Senang betul mereka membuat keuntungan. Mereka menggunakan sikit ayat marketing murahan, terus ramai yang membeli produk kecantikan mereka. Jadi disebabkan rasa geram, penulisan saya pada hari ini lebih kepada membebel tidak puas hati terhadap kenyataan-kenyataan yang agak menjengkelkan ini. 

December 16, 2020

4 LANGKAH CERAI SUSU BADAN DALAM TEMPOH 6 BULAN TANPA STRES

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca sekalian.

Image by StockSnap from Pixabay

Hari ini saya ingin berkongsi tentang pengalaman saya bercerai susu badan dengan anak yang sekarang ini berumur 2 tahun 5 bulan. Alhamdulillah, sekarang ini sudah masuk bulan kedua anak saya tidur tidak mengempeng di sisi untuk menyusu badan pada waktu malam.

Alhamdulillah, Allah banyak permudahkan urusan saya. Pada awal bercerai susu badan, terseksa rasa hidup sebab anak meronta-ronta menangis kerana mahu mengempeng. Pada ketika itu umurnya dalam setahun 8 bulan (kalau tidak silap). Kesilapan saya sebagai ibu pada ketika itu adalah tidak mempunyai ilmu dan terus mengejut mahu menceraikan anak daripada menyusu badan. 

December 14, 2020

TIPS MENGELAKKAN KESILAPAN KETIKA MEMBELI BAJU SECARA ONLINE

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Photo by Anna Shvets from Pexels

Okay guys, hari ini saya ingin berkongsi mengenai cara-cara atau tips mengukur pakaian jika anda mahu membeli pakaian secara online. Antara faktor yang mendorong saya untuk menulis artikel ini adalah apabila saya melihat dan membaca komen-komen di dalam group menjual pakaian preloved di Facebook kerana tersilap saiz atau tersalah beli.

Kebanyakkan daripada mereka hanya mengagak dan beranggapan saiz pakaian yang dikemukakan setiap butik mahupun kedai pakaian adalah sama. Maka hari ini saya mahu berkongsi tips yang boleh membantu anda membeli pakaian secara online tanpa merugikan tuan badan sendiri.

December 5, 2020

HIKMAH GAGAL DALAM UJIAN MEMANDU JPJ

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

sumber : weheartit.com

Beberapa tahun lepas, seorang sahabat telah mengadu kepada saya dan menceritakan mengenai kegagalannya dalam ujian memandu JPJ. Perkara yang menjadikan sahabat saya ini semakin sedih apabila dia sudah kali ketiga gagal dalam ujian memandu dan at that moment memang dia merasakan dirinya sangat teruk. Most people are mad at her. At that moment, I understand blaming is not the best solution. 

Saya faham perkara yang dilalui dan dirasai olehnya kerana saya sendiri pernah berada dalam pengalaman yang sama. Bila kita gagal dalam sesuatu perkara, bukan kita minta diri kita nak gagal. Kita sudah berusaha namun keputusan sesuatu ujian itu bukanlah kita yang mengawalnya. Bagi saya, jika kita gagal selepas beberapa kali kita berusaha, ianya adalah suratan takdir sudah Allah tetapkan dalam hidup kita yang pada hakikatnya membawa 1001 rahmat yang kita tidak sedar.

December 4, 2020

JODOH KELUARGA : NIKMAT TERBESAR DALAM HIDUPKU DARI ALLAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sumber : weheartit.com

Saat Allah menghadirkan dia dalam hidup ini, saya terpaku kerana tidak mengenali dirinya. Tidak sangka dalam masa yang agak singkat kami telah mengikat tali pertunangan. Selepas kami telah mengikat tali perkahwinan dan membina rumah tangga, saya merasakan banyak keserasian antara kami. Banyak perkara yang dikongsi bersama, ketawa bersama dan mengeluh serta tangis bersama. 

Dalam masa saling mengenal hati budi, tidak sangka hati mula berputik. Siapa sangka, hati ini berputik kepada insan yang saya tidak kenal tidak sampai setahun. Apabila mengenang kembali detik perkenalan kami yang kekok dan tidak banyak berbicara antara satu sama lain, saya ketawa sendirian. Siapa sangka wanita seperti saya ini telah tertulis dalam suratan takdir untuk berkahwin dengan pilihan keluarga sendiri.

December 2, 2020

APABILA MINAT SAYA DAN ENCIK SUAMI TIDAK SAMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

sumber : weheartit.com

Alhamdulillah, sudah 3 tahun saya mendirikan rumah tangga. Sejak insan yang bergelar suami ini hadir dalam hidup saya atas izin Allah, banyak perkara yang telah saya pelajari daripadanya. Kami banyak perbezaan, dan perbezaan itu bagai langit dengan bumi. Dari segi professional mahupun minat, kebanyakkan adalah tidak sama. 

Saya suka menonton cerita seram dan thriller, manakala dia pula suka menonton cerita aksi dan fiksyen yang memerlukan proses berfikir. Jika saya mengajak encik suami menonton cerita seram bersama-sama, dia sama sekali menolak ajakan saya. HAHA. 

December 1, 2020

HALIMA ADEN : MATLAMAT WANITA MUSLIM YANG SEBENAR


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Halima Aden

Apa khabar semua? Adakah kalian sihat?

Baru-baru ini, viral alkisah mengenai Halima Aden yang tiba-tiba memberikan pendapat peribadinya mengenai bidang atau industri permodelan yang diceburi oleh beliau sekian lama tidak memberikan impak positif dalam perjalanan spiritualnya kepada yang Maha Esa.

Secara jujur, saya sudah lama memerhatikan Halima Aden dan perjalanan hidupnya sebagai model dalam instagram. Sebagai seorang wanita muslim, saya agak kecewa sebenarnya kerana apa yang digayakan oleh beliau adalam tidak menepati syariat islam. She is a fashion icon and I'm expecting more from her because I also a muslim women myself